Ada sesuatu dari masa lampau yang akan selinap masuk perlahan-lahan dalam fikiran kau dan meghantui pemikiran kau, yang sebenarnya sedang cuba sedaya upaya untuk melupakan.

Kadang-kadang ia terlalu perit untuk dilupakan dan lebih perit untuk mengigati. Rasa kesal mahupun sesal atau apa-apa yang sewaktu dengannya menyelubungi diri membuatkan ia lebih terseksa. Dan yang paling membencikan apabila masa yang ditinggalkan sebenarnya sudah berlalu lama namun terasa seperti baru semalam. Dan segala perlakuan atau proses itu dimainkan dalam akal fikiran seperti wayang gambar yang diulang tanpa henti.

Memori bukan sahaja terletak pada manusia, namun juga pada objek atau bukan benda. Kadang bila kau melintasi sebuah rumah atau mendengar sebuah lagu atau terhidu bau-bauan atau apa sahaja yang mengigatkan kau kepada memori secara langsung fikiran kau akan terus project the past or that memory. Dan ia antara amat menyeronokkan ataupun menyakitkan. Cuma, manusia hanya melihat kepada perkara yang sakit. Kerana itu yang meninggalkan kesan. Sama seperti keburukan manusia yang lebih diingati daripada kabaikan yang pernah dilakukan.

Masa. Masa sentiasa menentukan segala-galanya.

Dan perjanjian. Hanya tinggal janji.

0 comments: