Thursday, November 26, 2009

Pernah tak kau takut dengan diri kau sendiri?

Raya haji tahun ni tak sesibuk yang lepas, mungkin sebab tak celebrate sekali dengan ibu dengan ayah aku. Aku juga tak balik kampung sebab opah ada dekat sini 'babysit aku'. Dia masih sibuk dengan ketupat with her own style yang ntah nama apa aku pun tak tahu and terbaru, dia buat lemang with her own style jugak, macam baby lemang.

Tadi aku betul-betul have nothing to do even now sebenarnya, nak tolong orang masak, semua pun dah settle, nak call kawan-kawan malas sebab aku tahu semua sibuk untuk tomorrow's preparation. So, dekat rumah aunty aku ada this one album gambar our family. Jadi, aku punggah semua dan tengok satu per satu, ada gambar aku lahir sampailah jadi besar gedabak macam ni.

Kau tahu, sometimes bila kau stare gambar kau lama-lama buat kau rasa weird. I dont know "weird" doesnt seems right, maybe awkward. I dont know. Tapi apa yang pasti semua gambar aku senyum lebar nampak gigi. Tak ada satu gambar pun yang senyum tutup mulut atau tak senyum langsung. Despite some pictures yang aku tak tengok gambar (YAA.. CANDID) itu tak kira lah, candid pictures suka buat aku look like..'undefinable' ha ha ha.

So balik kepada cerita aku, semua gambar, i look happy. Tak ada sedih, muram cacat cela.. NO. And i start to think sama ada pada masa itu, adakah situasi pada saat itu juga sama macam mana i look like. (the happy face). I dont know.

Dan bila aku stare lagi at the picture dalam-dalam, aku mula imagine perempuan yang sedang senyum dalam gambar itu bukan aku, sebab she's so much happy in pictures. Cuba kau tengok gambar kau sendiri tapi contra dengan perasaan kau waktu itu, contoh macam kalau gambar kau tengah senyum lebar dan real life kau tengah depress, kau imagine kau in that picture is someone yang kau tak kenal dan try to imagine life dia macam mana, bahagia mungkin. Dan kau cuba fikir macam mana dia berfikir, macam mana background dia, love life dia or whatsoever, dan akhir sekali back to reality kau banding dengan life kau yang tengah depress pada waktu sekarang. Bila aku lihat gambar itu, serious aku tak boleh percaya yang that girl is me.

Bila kau fikir dalam sangat boleh give you the creeps. Aku benci bila aku start fikir macam ni, sebab ia automatik buat aku rasa different from other human being.

Ntah lah, sama macam bila kau cakap dengan diri kau dalam cermin dan imagine reflection kau tu sebenarnya orang lain. Takut kan? aku rasa aku kena mula be extra friendly dan buat lagi ramai kawan. Sebab aku kena stop talking to mirrors. Cuba lah..

ohh..selamat hari raya aidil adha.

sarah mohammad.

Wednesday, November 25, 2009

Hari yang senang.

(aku suka gambar ni, walaupun tulisan belakang tu kontradik dengan our feelings pada masa tu)

Bila "once upon a time" dah tak ada.

Selalunya, at the very first beginning semuanya cantik. Perfect. Walaupun kau tahu tak ada benda yang absolute. Tapi kau masih dalam denial. Like we people couldnt survive one day without making a promise to one another. And orang yang pegang that promise cant stop hoping for the promise to be fullfilled. Pengakhirannya kosong. Tak ada apa-apa. Janji sehidup semati. my ass.

Once bila kau made a promise, sama macam kau berhutang dengan orang dan kau kena langsaikan kalau tak, kau akan terima consequences dia bukan dia seorang yang sakit tapi juga kau. Sebab setiap perkataan yang keluar dari mulut kau dah tak convince people. Paling mudah bila kau janji untuk make things up dengan kekasih kau, mungkin sebab kau fuck up kan hari dia tapi tak ada single effort yang kau buat cuma excuses yang orang muak dengar.

Nothing is impossible. Dalam dunia yang kau tinggal sekarang semua ada solution, aku tahu aku dah ulang the same sentence puluhan kali tapi people still dont get it. Aku faham kadang-kadang a promise couldnt be fullfilled sebab masa atau situasi yang kau tak boleh elakkan, bukan sengaja tapi kalau kau tak boleh confirm sesuatu yang kau sendiri tak pasti, why promise? kau boleh selalu kata "i'll try my very best to do what it takes and i may fail" itu pun sudah cukup. Bagi aku. Just dont give bull. Sebab rasa dia macam tahi.

Kalau permulaan semua cerita sangat perfect, dan kau sanggup conform dengan keadaan itu walaupun situation dia payah macam mana pun. Kenapa tidak sekarang? Kenapa perlu harapkan untuk someone to understand bila kau tak pernah cuba untuk understand the feeling bila kena tipu. It's just the same as cheating.

Lebih kurang macam kau tengok satu rumah tersergam indah, pada kau semua perfect dekat dalam walhal kau tak nampak ada orang sedang menangis di balik tirai. Sebab tu aku tak suka bila orang mula assume, sebab assumption kau tak selalunya tepat.

Just dont busukkan lagi keadaan bila keadaan itu sudah dianggap basi. Sebab tak akan ada impact lagi, dan bila kau sudah nampak the real thing depan kau, baru kau tahu macam mana rasanya bila digelakkan.

sarah mohammad.

Monday, November 23, 2009

Regret sekarang dari later.

It's hard untuk someone make the first move atau senang kata approach someone else dalam diam bahawa she/he actually admire watak that person, atau mungkin jatuh cinta dengan cara dia tak kisah dari segi dia jalan, bercakap mahupun menulis. Susah sebab mereka ini unpredictable, dan mereka tak suka rasa rejected. Dan begitulah.

Jadi kadang-kadang kau rasa lonely mungkin, sebabnya kau sibuk dengan keadaan sekeliling kau dan fikir tak ada siapa yang nak kan kau. Walhal kau juga tak ada any effort untuk buat benda yang sama. Tak kira sama ada lelaki atau perempuan. Lupakan sekejap about the rule which memang guys supposed to make the first move. Because i dont believe in that.

To me if you really want it, you go for it. Dan cari segala macam cara untuk dapatkannya. Kau tak boleh nak assume atau fikir kemungkinan yang sebenarnya tak wujud pun. Put all your effort, sebab tak ada benda yang mustahil dalam dunia ini, everything has a solution. It depends on you. Diri kau sama ada kau rasa priority kau adalah sesuatu yang remeh temeh atau sebaliknya.

Sebab at the end of the day, bila kau hilang terus semua. Baru hentakan tu kuat kena pada kau.


sarah mohammad.

Saturday, November 21, 2009

Ohh.

Dulu masa aku masih budak lagi, my dad always had to go outstation tau so dia jarang sangat dekat rumah. Weekends saja yang boleh jumpa, so what he told us adik beradik to do is, bila nak tidur malam-malam, ambil kain pelekat dia tidur sekali. So what i'll do is take the last kain pelekat yang dia pakai sebelum adik-adik lain yang ambil. Same goes to mama jugak.

And malam tu sambil peluk kain pelekat ayah, menangisss.. Mama will come in and pujuk seorang-seorang anak dia. Bila aku teringat balik, aku rindu sangat. Sebab sekarang memang tak lah nak dapat that kind of attention kan.

Dulu katil aku double decker tau, (sekarang pun sama cuma sekarang lagi UP sebab kayu) aku tidur bawah, abang tidur atas. Ayah will come in everynight untuk tidurkan aku, bukan sebab aku takut ke apa, tapi sebab aku selalu sakit lutut, ayah kena urut sampai aku tidur. (baru 5tahun dah ada penyakit tua) Tapi memang lutut aku sakit sampai sekarang pun, mama kata sebab cepat tinggi. (Ternyata mama salah, aku tak tinggi langsung!)

Masa sekolah dulu, kerja aku satu saja. Kumpul eraser. Aku pun tak ingat sangat kenapa tapi aku ada this pencil case yang bertingkat tu tau, atas bawah penuh dengan pemadam. Maybe sebab aku selalu lawan pemadam yang jentik-jentik tu dengan rakan-rakan kelas aku. And ayah lah orang yang aku akan bragg suruh pegi kedai runcit every day bila dia balik kerja pukul 5 just to buy that eraser. (aku suka kumpul setem jugak dulu, tapi tu cerita lain)

Tapi bila umur dah semakin dewasa, family bonding tu kurang. Aku pun tak tahu kenapa, mungkin semua orang pun sibuk, atau mungkin aku yang lupa mereka sebab dulu aku share everything dengan mereka, sekarang biasalah 'kawan'. Tapi aku tak kata aku lupa mereka terus sebab aku masih buat tanggungjawab aku as their daughter cuma masa yang tak menentu. mungkin.

Sebenarnya, tak terlintas langsung untuk aku menulis semua ini, cuma bila aku lihat gambar ini, buat aku rindu sangat. Belum lagi aku rasa rindu sehebat ini, sambil tengok kain pelekat ayah aku yang aku susun sebelah bantal bersama dengan surat dia. (lutut aku masih sakit, mungkin sebab banyak sangat jalan dengan iz di putrajaya tadi)

sarah mohammad.

Friday, November 20, 2009

Ily Zalikha.

Perempuan.

: Tak akan berhenti dan delete memori bersama bekas kekasih lama dia.

Aku tak faham dengan perempuan yang tak boleh berhenti menagih kasih dari bekas teman lelakinya yang dah move on dengan orang lain. Memang aku akui susah untuk kau lupa terus, bekas atau sisa tu masih melekat tapi kau tak perlu mengabdikan diri kau lagi, sebab lelaki tu tak fikir langsung pasal kau malah dah ada oang lain untuk replace tempat kau. Maknanya tempat kau bukan lagi on top, bukan itu saja namun tak ada langsung tempat dalam hati mahupun hidup dia. so get a life. Aku tak bermaksud langsung untuk be harsh. Tak sebab aku pun perempuan, tapi beza kau dengan aku, when it comes to an end..it stops there.

:Tak akan berhenti buat comparison between sekarang dengan yang dulu

Aku tak kata perempuan sahaja. Lelaki juga sama. Kau kena faham hakikatnya manusia tak sama, semua ada character masing-masing. Kadang kadang kau selalu compare dulu dengan sekarang walhal kau sendiri tak suka bila kena compare.

"Kau tak boleh sama kan diri kau dengan orang lain, walaupun orang tu bagi kau lebih bijak dalam segi apa pun, sebab kau punya talent in your own way, dan tak akan ada orang yang boleh sama macam kau."

Dear Ily, aku tak dapat habiskan post ni. Dari mula aku tulis sampai titik akhir, aku happy lantas warmth my heart dan kau tahu kenapa.


sarah mohammad